Kebakaran kediaman Koo Ham petanda berlaku perubahan bahaya politik Malaysia: Guan Eng

Serangan itu juga mencetuskan kebimbangan bahawa ia akan membawa kepada tindakan keganasan

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serangan ganas membabitkan kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham membawa petanda berlaku perubahan berbahaya di dalam kancah politik Malaysia.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, serangan itu juga mencetuskan kebimbangan bahawa ia akan membawa kepada tindakan keganasan.

“Sama ada negara kita akan berterusan terpesong ke jalan berbahaya ini bergantung kepada semua rakyat Malaysia yang teguh berpegang kepada demokrasi, kesederhanaan dan keamanan untuk bersatu, selain mengambil pendirian kuat menentang ekstremisme, kebencian serta perkauman,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, beliau sudah melawat kediaman Koo Ham untuk menyatakan solidariti parti dan sokongan kepada keluarga pemimpin itu.

“Melihat sendiri kerosakan yang berlaku amat mengejutkan, jelas sekali penyerang berniat untuk mencederakan Ngeh (Koo Ham) dan keluarganya.

“Sebutir bom Molotov dijumpai, disyaki dilemparkan penyerang yang tidak dikenali hingga membakar dan merosakkan harta benda, mujur serangan ini tidak mencederakan sesiapa,” katanya.

Menyatakan pendirian DAP yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas itu, Guan Eng berkata, parti berkenaan menghargai kenyataan Kabinet yang mengecam insiden pembakaran rumah Koo Ham.

“Kenyataan Kabinet tepat apabila menegaskan bahawa tiada siapa yang sepatutnya diserang hanya kerana perbezaan pendapat, terutamanya Ahli Parlimen yang dipilih oleh pengundi untuk mewakili pandangan mereka,” katanya.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, DAP percaya pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengenal pasti dan menahan penjenayah terbabit.

“Pimpinan DAP akan sentiasa mematuhi undang-undang dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

“Pimpinan DAP juga berasa lega melihat Koo Ham dan isterinya, Cheok Foong Ling kekal tabah biarpun melalui pengalaman sebegitu traumatik,” katanya.

Terdahulu, kebakaran di kediaman Koo Ham di Ayer Tawar, Perak yang berlaku pada awal pagi semalam itu, dimaklumkan Facebook pemimpin terbabit, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

“Kejadian kebakaran berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas pada tengah malam tadi.

“Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera,’’ menurutnya.

Insiden itu dilapor mengakibatkan tiga kenderaan milik pemimpin itu musnah.

Bagaimanapun, Koo Ham dalam kenyataannya, memaafkan pelaku yang menyebabkan kebakaran berkenaan.

Ujarnya, sebagai peguam, beliau sudah mengendalikan banyak kes dan percaya pelaku kini berada di dalam ketakutan dan terpaksa menyembunyikan diri kerana bimbang ditemui. – 11 Januari, 2024

Topics

Hangat

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Related