HEADLINES

PM akan umum jawatan baharu Tengku Zafrul Rabu ini

Perdana Menteri berkata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu masih mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi

11:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan peranan baharu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pada Rabu ini.

Beliau berkata, Tengku Zafrul masih mempunyai “tanggungjawab” untuk dipenuhi.

“Beliau tidak boleh lepas begitu saja. Hari terakhirnya 2 Disember dan beliau akan terus bekerja (selepas itu).

“Saya akan umum (peranan baharunya) pada 3 Disember,” katanya selepas melancarkan kenderaan elektrik pertama Perodua QV-E di sini, hari ini.

Jumaat lalu, jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Tengku Zafrul akan terus memainkan peranan dalam kerajaan selepas tamat penggal kedua jawatan senatornya.

Bulan lalu, Tengku Zafrul menawarkan diri untuk membantu penggantinya selepas penggal kedua jawatan senatornya tamat.

Katanya, beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada Anwar dan sedang menunggu keputusan berhubung kepimpinan baharu kementerian itu.

Jawatan senator yang disandang Tengku Zafrul bermula Disember 2020 dan diperbaharui tahun lalu.

Difahamkan beliau tidak boleh kekal dalam barisan Jemaah Menteri, kecuali dipilih sebagai Ahli Parlimen dalam pilihan raya akan datang. – 1 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines cancels more Shanghai flights as Typhoon Bavi intensifies

National carrier suspends Kuala Lumpur-Shanghai services on July 11 and 12, following earlier Taipei flight cancellations due to worsening weather conditions

Related