HEADLINES

AS jadikan PBB pincang, gagal lindungi Gaza

Majlis Keselamatan PBB gagal menggalas tanggungjawab hanya disebabkan oleh sebuah negara anggota tetap iaitu AS

10:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal sekali lagi dalam peranannya untuk menjaga keamanan dunia dan Amerika Syarikat (AS) adalah ‘pelindung diplomatik’ kepada perang di Gaza.

Penolong profesor undang-undang antarabangsa di Universiti Queen di Kanada, Ardi Imseis berkata, Majlis Keselamatan PBB gagal menggalas tanggungjawab hanya disebabkan oleh sebuah negara anggota tetap iaitu AS.

“10 hari lalu, masyarakat antarabangsa telah mendesak gencatan senjata diadakan segera tetapi hari ini, AS dan Israel menjadi tumpuan lagi tatkala penduduk Gaza berdepan dengan kelaparan, dihalau keluar dari kediaman mereka dan kematian,” katanya kepada Al Jazeera.

Sesuatu yang mengejutkan kata Ardi apabila perkara berkenaan (pembunuhan), dibiarkan berlaku dan sangat jelas kepada semua.

“Masyarakat antarabangsa….telah menjelaskan bahawa mereka bersama dengan rakyat Palestin yang menjadi mangsa. Mereka bersama dengan penduduk di Gaza. Malangnya Washington dan Tel Aviv menghalang,” katanya.

Angka korban di Gaza kini meningkat kepada lebih 20,000 orang dalam tempoh lebih dua bulan.
Majlis Keselamatan PBB semalam telah menerima pakai resolusi mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera dan tanpa halangan.

13 undi menyokong manakala AS dan Rusia berkecuali. Namun ia tidak menyentuh mengenai pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Sementara itu, organisasi pemantau hak asasi dunia, Amnesty International berkata situasi di Gaza memerlukan banyak resolusi daripada PBB bagi menangani angka korban yang semakin tinggi.

“Semua usaha untuk menangani bencana kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza dialu-alukan namun ia masih belum mencukupi dalam menghadapi pembunuhan beramai-ramai,’’ kata badan berkenaan dalam kenyataannya.

Dalam pada itu, serangan terbaharu Israel telah membunuh 18 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak di kem pelarian Nuseirat di Gaza.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, jet pejuang Israel telah mengebom rumah penduduk di kawasan berkenaan manakala satu lagi serangan udara telah memusnahkan loji penyahgaram air di Jalan Gaza lama. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related