HEADLINES

Peguam lontar persoalan mengenai polemik kesalahan rogol mandatori

‘Sedih dengan nasib khususnya remaja lelaki yang diletakkan beban kesalahan’

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mencetuskan polemik berkaitan kesalahan rogol mandatori yang dilihatnya hanya meletakkan beban kesalahan terhadap pelaku khususnya remaja lelaki akibat daripada gadis bawah umur yang secara terang-terangan ‘mencari’ mereka untuk melepaskan nafsu.

Dalam perkongsian pendapatnya di Facebook, peguam terbabit, Amir Hamzah menulis, betapa ramai ‘budak-budak’ (remaja) lelaki yang kena tuduh di bawah kesalahan itu akibat senario berkenaan.

Beliau menggunakan istilah ‘bohsia’ (Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan sebagai gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat) dalam penulisan berkenaan.

“Bohsia ini satu kampung tahu jahat, ibu bapa tahu jahat, tapi tak buat apa-apa, sekadar hantar sekolah akhlak sahaja.

“Seteruk-teruk perbuatan zina, alangkah ruginya bila anak muda kena sebat, penjara bertahun-tahun lamanya, sedangkan bohsia ini masih bebas berkeliaran, mungkin cari orang lain pula.

“Saya malu nak sebut hal ini, memalukan. Tapi tolonglah ibu bapa pantau anak sendiri (supaya) jangan jadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, ada kes dilaporkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaysia (MLJ) di mana si gadis yang memujuk rayu untuk mengadakan hubungan seks.

“Dia mengaku pada masa bicara dan dia sayangkan teman lelakinya, mereka berkahwin dan ada anak. Tetapi si lelaki masih kena sebat, masih meringkuk dalam penjara. Sedih dengan nasib lelaki,” katanya.

Beliau menambah, ini kerana dalam undang-undang, jika lelaki memaksa (remaja perempuan) melakukan hubungan seks ia dikira kesalahan rogol.

“Tetapi kalau perempuan pula paksa untuk seks, itu tidak dianggap rogol. Kesedaran perlu ada walaupun isu yang sensitif dan menggores ego,” katanya. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related