HEADLINES

Pendapat peribadi yang ada unsur hiperbola, tidak mencerminkan pendirian Finas: Kuman Pictures

Kuman Pictures melalui akaun rasmi X mereka telah memberi maklum balas tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Finas mengenai cadangan menayangkan filem Pendatang di sekolah

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi yang menerbitkan filem Pendatang, Kuman Pictures berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman yang mencadangkan supaya filem tersebut ditayangkan di sekolah sebagai sekadar pendapat peribadi yang ada unsur hiperbola.

Menerusi ciapan akaun rasmi X Kuman Pictures, syarikat produksi itu turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut tidak mencerminkan pendirian Finas.

“Kami anggap kenyataan itu sekadar pendapat peribadi yang ada unsur hiperbola. Tidak mencerminkan pendirian Finas. Kami akan terus tayang dengan cara yang dibuat sekarang saja,” tulis mereka dalam ciapan itu.

Terdahulu, Kamil menerusi ciapannya di aplikasi X berpendapat bahawa filem Pendatang harus ditayangkan di sekolah untuk menggalakkan perbincangan dan prasangka dengan lebih mendalam.

“Harus ditayangkan di sekolah untuk menggalakkan perbincangan dan merungkai persepsi dan prasangka dengan lebih mendalam. Langkah kecil ini mampu menuju destinasi yang diingini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Ciapan Kamil itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang berpendapat bahawa ia lebih sesuai ditayangkan di institut pengajian tinggi berbanding sekolah.

Filem Pendatang yang dihasilkan menggunakan wang pembiayaan orang ramai itu telah ditayangkan menerusi platform Youtube sejak 21 Disember lalu. Sehingga kini filem itu telah mendapat hampir 400,000 tontonan. – 26 Disember 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related