HEADLINES

SUV dibeli guna bajet kerajaan negeri untuk jimat kos penyelenggaraan: SUK Terengganu

Justeru, beliau meminta supaya pembelian kenderaan itu tidak dijadikan isu dan dipolitikkan, tambahan ia adalah untuk keperluan exco

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu menjelaskan 10 kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu seperti ditular di media sosial semalam, sememangnya dibeli untuk keperluan rasmi barisan exco negeri berkenaan pada Mei lalu, namun belum diserahkan untuk kegunaan pihak berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata, pembelian kenderaan itu adalah keperluan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan rasmi kerajaan.

“Peruntukan pembelian SUV bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan yang lama itu, menggunakan bajet pentadbiran kerajaan Terengganu.

“Setakat ini, SUV yang dibeli pada Mei lalu itu, belum diagihkan termasuk kepada exco kerajaan negeri.

“Pembelian SUV baharu itu tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan melalui bajet pentadbiran kerajaan negeri tahun lalu,” katanya selepas lawatan ke Bilik Gerakan Bencana negeri (BGBN) di Kuala Terengganu hari ini.

Tengku Farok Hussin berkata, pembelian kenderaan rasmi baharu itu tidak menyalahi peraturan kerana peruntukan diluluskan kerajaan, selepas dibentangkan pada pembentangan Bajet 2022.

“Kerajaan negeri juga meluluskan bagi pembelian kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Perhutanan negeri, tetapi pembelian itu tidak dipertikaikan, termasuk oleh pemimpin politik.

“Sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan, termasuk exco kerajaan negeri,” katanya.

Semalam kepimpinan kerajaan Terengganu digesa menjelaskan status pembelian SUV yang gambarnya ditularkan di media sosial, selepas kenderaan itu didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan exco.

Bekas Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian SUV jenis Mazda itu.

Katanya, ia bagi memastikan sama ada pembelian berkenaan adalah keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.

Wan Abdul Hakim berkata, pembelian kenderaan baharu itu juga tidak menimbulkan sebarang isu sekiranya ia termaktub dalam Bajet 2023.

Malah, katanya ia lebih murah jika dibandingkan dengan kereta jenama Mercedes yang bernilai RM3.5 juta untuk kegunaan exco kerajaan Kelantan pada 2020. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related