HEADLINES

Kes rebut anak Loh Siew Hong: Bekas suami meninggal dunia sebelum bicara kes dera bermula

Perkara itu disahkan peguam Loh, Shamsher Singh Thind

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas suami Loh Siew Hong, Muhammad Nagahswaran Muniandy, 38, meninggal dunia semalam.

Berita itu disahkan oleh peguam Loh, Shamsher Singh Thind.

Bekas suami isteri itu terbabit kes perebutan hak penjagaan anak selepas Nagahswaran, seorang mualaf, membawa tiga anak mereka ke Perlis dan menukar agama mereka kepada Islam secara sebelah pihak pada 2020.

Memetik laporan FMT, pada ketika itu, beberapa perintah mahkamah sudah menyerahkan hak penjagaan anak kepada Loh, bermula dengan perintah interim pada Disember 2019 yang kemudian bertukar kepada hak penjagaan penuh pada Mac 2021.

Perceraian mereka disahkan pada September 2021.

Pada 2019, Loh yang meninggalkan Nagahswaran selepas mendakwa didera lelaki itu, memfailkan permohonan habeas corpus untuk mendapatkan semula tiga anaknya pada awal 2022.

Keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepadanya dan disatukan semula dengan anak-anaknya, yang pernah diletakkan bawah jagaan pendakwah Nazirah Nanthakumari Abdullah.

Loh memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penukaran agama mereka pada tahun yang sama. Pada April 2024, Mahkamah Persekutuan memutuskan kedua-dua ibu dan bapa perlu bersetuju sebelum seorang kanak-kanak boleh menukar agama, serta mengesahkan tiga anak Loh kekal beragama Hindu.

Namun, rayuan terakhir kerajaan Perlis untuk mengembalikan status tiga anak itu sebagai Muslim ditolak April lalu.

Nagahswaran memiliki satu rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman penjara di Kelantan atas kesalahan berkaitan dadah.

Sabitannya didedahkan ketika kes perebutan hak penjagaan anak dengan Loh dan menjadi antara alasan dikemukakan wanita itu dalam usaha mendapatkan hak penjagaan tiga anaknya.

Kes berprofil tinggi ini dirumitkan lagi apabila tempoh Nagahswaran dipenjarakan bertepatan masa Loh menyatakan dirinya sedang pulih daripada penderaan dan menerima rawatan di hospital.

Nagahswaran didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Julai 2023 atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Loh di rumah mereka di Taman Ria, Sungai Petani pada 3 Mac 2019.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM10,000 serta diarah menjauhkan diri daripada Loh dan saksi sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan bermula September ini. – 11 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related