◉ HEADLINES

Pemilik akaun FB diarah fail pembelaan terhadap saman Fahmi Fadzil sebelum 15 Jan

Mahkamah turut mengarahkan Fahmi memfailkan jawapan kepada pembelaan berkenaan sebelum atau pada 29 Januari ini

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pemilik akaun Facebook “N13 Kuang”, Mohd Fauzan Madzlan memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 15 Januari ini untuk menjawab saman yang dikemukakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selaku plaintif memfailkan saman terhadap Mohd Fauzan pada 5 September lepas, atas dakwaan memfitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi berkata mahkamah turut mengarahkan Fahmi memfailkan jawapan kepada pembelaan berkenaan sebelum atau pada 29 Januari ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 7 Februari 2024 untuk kedua-dua pihak mengemas kini status pemfailan dan pemfailan interlokutori (sekiranya ada),” kata Asheeq Ali ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini.

Selain Mohd Fauzan, Fahmi juga menfailkan saman terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani serta Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’ berhubung isu sama.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai lepas manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos lalu.

Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu. – 28 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related