HEADLINES

‘Beli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak, nanti gemuk’ adalah fitnah: pejabat Mat Sabu

10:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini menafikan satu laporan yang ditularkan di media sosial yang memetik Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkaitan pembelian beras serta kegemukan.

Ia memaklumkan poster yang sedang diviralkan ini adalah fitnah dan tidak betul. 

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya. 

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka,”’katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menerusi poster berita yang ditularkan itu, ia kononnya memetik kenyataan menteri terbabit seolah-olah menasihatkan rakyat supaya membeli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak dan boleh menggemukkan badan. – 30 September, 2023.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related