HEADLINES

Rapid KL lanjut perkhidmatan sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2024

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2024, waktu operasi rangkaian rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan hingga 1.30 pagi pada 1 Jan (Isnin) bagi memenuhi keperluan warga kota menghadiri sambutan itu di sekitar pusat bandar. 

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lanjutan operasi itu melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT), Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) serta 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. 

Antara laluan rel transit yang terlibat ialah LRT Laluan Kelana Jaya yang melibatkan stesen KLCC dan  Masjid Jamek; LRT Laluan Ampang ke Sri Petaling (Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya dan Maluri);  Laluan Monorel KL (Bukit Bintang); MRT Laluan Kajang (Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri); MRT Laluan Putrajaya (TRX) dan  BRT Laluan Sunway (Sunway Lagoon, SunMed dan SunU-Monash). 

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir,” menurut kenyataan itu. 

Prasarana turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan  kad Touch n’ Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar serta dapat mengelakkan kesesakan manakala bagi pengguna token di stesen rel transit pula digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen.

Menurut kenyataan itu, pihak Rapid KL akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna selain kekerapan tren bagi semua perkhidmatan ditingkatkan kepada lapan minit bermula 1 tengah hari dan empat minit bermula  8 malam hingga tamat waktu operasi. 

“Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti laman X dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my,” menurut kenyataan itu. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related