◉ HEADLINES

Tindakan pantas Luas berjaya cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri

Pencemaran bau dipercayai diesel dikesan kira-kira 9.30 pagi di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, Hulu Langat

3:58 PM MYT

 

SHAH ALAM — Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini. 

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin dalam kenyataan berkata pencemaran itu dikesan kira-kira 9.30 pagi di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, Hulu Langat. 

Beliau berkata susulan itu petugas Luas segera ke lokasi berkenaan untuk melakukan semakan dan telah mengesyaki kejadian berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan, berdasarkan pengesanan bau hingga 2 ton di pembetung sebelum memasuki Sungai Langat di kawasan berkenaan.

“Siasatan Luas di hulu sungai tidak menemukan sebarang punca yang disyaki berpotensi menyebabkan pelepasan kesan minyak berkenaan.

“Pemerhatian lanjut Luas di lokasi (yang disyaki) telah menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan perindustrian tersebut yang dipercayai terdapat aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel ke dalam pembetung,” katanya.

Berikutan itu, Jamaliah berkata Luas segera melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan keseluruhan 12 ‘oil pad’ dan dua beg karbon aktif (AC) seberat 50 kilogram di dalam pembetung berkenaan bagi nyahbau, memerangkap serta menghalang aliran kesan minyak dari mengalir ke Sungai Langat.

Beliau berkata Luas juga telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa minyak di kawasan terlibat dan kerja-kerja terbabit selesai sepenuhnya pada 9.40 malam tadi. 

“Luas juga telah melaksanakan pemantauan intensif bau dan kesan minyak di Sungai Langat dengan kekerapan setiap 30 minit melibatkan jarak di antara lokasi itu ke LRA Cheras Batu 11 adalah sekitar 400 meter. 

“Verifikasi Luas di lokasi terlibat mengesahkan bacaan bau sifar ton, dan tiada lagi kesan minyak ditemukan. Tindakan mitigasi segera Luas ini berjaya memastikan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna,” katanya. 

Jamaliah turut menyeru semua pihak agar prihatin terhadap aktiviti dan tindakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya semasa musim perayaan. 

“Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada Luas untuk diambil tindakan segera. Kerajaan Selangor dan LUAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukan Enakmen Luas 1999,” katanya. – 10 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related