HEADLINES

‘Satu lagu tapi 30 tahun boleh kenyang’, Damian Mikhail lebih suka bikin lagu berkualiti berbanding lagu viral

Produk lagu yang berasaskan elemen viral ini selalunya tidak akan boleh bertahan lama di dalam pasaran

6:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun ‘lagu viral’ kebelakangan ini lebih banyak mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik generasi muda, namun tidak semua produser atau komposer muzik yang mudah terikut-ikut dengan trend tersebut, termasuk Damian Mikhail.

Damian yang pernah menganggotai kumpulan V.E suatu ketika dahulu mendedahkan dia tidak suka menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk viral.

“Produk lagu yang berasaskan elemen viral ini selalunya tidak akan boleh bertahan lama di dalam pasaran.

“Tidak salah. Untuk tempoh singkat, memang bagus. Tapi, tiada impak yang signifikan untuk industri serta perkembangan artis dan genre muzik dalam jangka masa panjang,” ulasnya.

Damian berkata demikian bagi mengulas mengenai trend lagu viral dalam industri hiburan tempatan terutama anak muda.

Menurut Damian lagi, sesebuah lagu adalah aset kepada seseorang komposer serta penulis lirik.

“Lagi lama bertahan dan dapat ‘airplay’ (dimainkan), lagi banyaklah royalti yang akan diperolehi menerusi lagu itu.

“Contoh Datuk M.Nasir. Beliau masih merupakan pencipta lagu yang menerima pendapatan royalti tertinggi di MACP pada 2023,” jelasnya.

Disebabkan itu, Damian berkata, dia lebih suka menghasilkan lagu yang berkualiti yang boleh dimainkan merentasi zaman.

“Satu lagu tapi 30 tahun boleh kenyang, cari makan berterusan,” katanya.

Damian juga berharap agar masa depan industri muzik pada tahun 2024 akan bertambah baik dan dipenuhi dengan lagu-lagu yang lebih berkualiti.

“Ingat kawan-kawan, mari kita mara ke 2024 dengan standard baharu. Kualiti mengalahkan kuantiti pada bila-bila masa,” katanya dengan penuh semangat.

Damian juga berpendapat bahawa kepuasan segera seperti yang diperolehi menerusi lagu-lagu yang viral sudah ketinggalan zaman.

“Kepuasan segera sungguh 2018. Update diri kita,” ucapnya. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related