HEADLINES

Ahli kumpulan NCT, Doyoung hilang hampir sejuta pengikut di IG selepas jadi model McDonald’s

Pengurangan mendadak itu berlaku hanya dalam tempoh kira-kira seminggu selepas dipilih secara rasmi oleh rangkaian makanan segera terbabit

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Doyoung, salah seorang anggota kumpulan K-pop NCT, telah kehilangan hampir sejuta pengikut dalam Instagramnya selepas menjadi wajah ‘Happiness Burger’ restoran makanan segera McDonald’s.

Mengejutkan apabila pengurangan mendadak itu berlaku hanya dalam tempoh kira-kira seminggu selepas dipilih secara rasmi oleh rangkaian makanan segera terbabit.

Ia disebabkan peminat Doyoung tidak gembira dengan tindakannya menyokong produk itu, yang diboikot di seluruh dunia bersama-sama beberapa produk lain, susulan konflik berterusan Israel-Palestin.

Pada 25 Disember lalu, Doyoung telah memuat naik ucapan selamat hari Natal dengan gambar ‘orang salji’ bersama kotak McDonald’s – Gambar Instagram Doyoung NCT, 30 Disember, 2023

Berdasarkan situasi itu, peminatnya merasakan tindakan Doyoung mempromosi jenama terbabit adalah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Pada 25 Disember lalu, Doyoung telah memuat naik ucapan selamat hari Natal dengan gambar ‘orang salji’ bersama kotak McDonald’s.

Meskipun perjanjian perniagaan tidak dibuat oleh dirinya sendiri, namun peminat mendakwa Doyoung mempunyai peranan dalam mempromosi iklan di Instagramnya.

Mereka menyifatkan Doyoung memekakkan telinga sedangkan tentera Israel telah menyerang gereja dan penganut Kristian di Gaza. Susulan itu akaun Instagramnya menjadi tempat peminat meluahkan kemarahan dan kekecewaannya.

Antara komen peminat Doyoung dan NCT menyatakan kekecewaan mereka – Tangkapan layar Instagram, 30 Disember, 2023

“Kami bencikan anda. Dengan mempromosikan jenama ini, anda sama seperti membunuh kanak-kanak Gaza,’’ kata nrlkhns.

“Free Palestine’’ tulis ainotsuki, menerusi komen di dalam Instagram Doyoung.

Situasi ini membimbangkan kerana NCT 127 dijangka mengadakan World Tour Concert ‘The Unity’ di Jakarta pada 13 hingga 14 Januari ini.

Ia juga mencetuskan tanda tanya mengenai penglibatan Doyoung dalam konsert tersebut susulan kontroversinya dengan Mcdonald’s. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related