HEADLINES

Sarawak ambil alih beberapa syarikat besar tahun ini: Abang Johari

Bagaimanapun, perincian mengenai perkara berkenaan hanya akan diumum selepas dilaksanakan

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri berkenaan akan mengambil alih beberapa syarikat besar pada tahun ini.

Katanya, pengambilalihan itu adalah sasaran Sarawak untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan merekodkan ekonomi semakin mantap pada 2024.

Bagaimanapun, Abang Johari enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan, malah memaklumkan ia hanya diumum selepas dilaksanakan.

“Saya yakin pada 2024, kejayaan kita akan diteruskan dengan ekonomi kita menjadi lebih mantap.

“Mungkin ada organisasi besar yang kita ambil alih pada 2024. Biar saya umumkan bila saya ambil alih.

“Saya yakin pendapatan Sarawak akan bertambah,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Kuching, malam tadi seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Abang Johari berkata, sepanjang tahun ini juga, beliau memberi jaminan mampu mengekalkan pendidikan tinggi secara percuma kepada anak Sarawak, asalkan rakyat tempatan bersatu padu dan menyokong kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai sistem sokongan kukuh dan bersyukur atas sokongan diterima.

Pada masa sama, Abang Johari berkata, beliau bersama anggota Kabinet Gabungan Parti Sarawak (GPS) menetapkan matlamat untuk memastikan pada 2026, semua anak Sarawak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti milik kerajaan Sarawak tanpa perlu membayar yuran.

“Hari ini dan 2024, seterusnya 2025, dan 2026, kita akan terus berusaha untuk mencapai matlamat ini.

“Malah, kita yakin ekonomi kita ketika itu akan lebih mantap, membolehkan kita menyediakan pendidikan universiti secara percuma tanpa mengecualikan sesiapa,” kata beliau. – 1 Januari, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related