HEADLINES

Pengedar dadah rakyat Malaysia ditahan di Laos

Suspek, berusia 39 tahun itu telah ditangkap di Laos pada 29 Disember lalu dan waran tangkap ke atasnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah sejak Ogos 2023

10:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) pada Isnin telah mengumumkan penangkapan seorang pengedar dadah rakyat Malaysia dan anggota sindiket dadah rentas sempadan dalam operasi bersama antara Thailand serta Laos.

Suspek, berusia 39 tahun itu telah ditangkap di Laos pada 29 Disember lalu. Waran tangkap ke atasnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah sejak Ogos 2023.

Dia sebelum ini berada dalam senarai orang yang dikehendaki dengan ganjaran sebanyak 1 juta baht dan dikatakan memainkan peranan penting dalam sindiket tersebut, lapor The Bangkok Post.

Pihak berkuasa percaya suspek bekerja dengan rangkaian dadah dari Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos serta menggunakan Thailand sebagai penggubahan wang haram dan transit untuk menyeludup dadah ke Malaysia, Taiwan dan Australia.

Menurut Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong serta penolong ketua polis dan pemangku setiausaha agung ONCB, Lt Gen Panurat Lakboon, tangkapan dibuat selepas tujuh orang ditahan bersama 998 kg dadah di Ratchaburi pada Jun lalu.

Tangkapan itu diketuai oleh ONCB dengan kerjasama Biro Pencegahan Narkotik (NSB), Tentera Laut dan unit khas Tentera Laut Diraja Thailand. Pihak berkuasa kemudiannya menemui rangkaian yang dikaitkan dengan suspek, yang ketika itu bersembunyi di Laos.

Maklumat itu juga membawa kepada rampasan asetnya termasuk tanah, dua unit kondominium, tiga kapal layar, dua kereta mewah, tiga motosikal, tiga senjata, wang tunai 275,000 baht, 10 akaun bank dengan anggaran 85 juta baht.

Sejak 2018, pihak berkuasa telah menahan 35 suspek dadah dan menemui 4.4 tan dadah jenis kristal methamphetamine, 493 gram heroin dan 12 tan kokain.

Pihak berkuasa Malaysia pula telah merampas aset bernilai RM418 juta dan dan bersiap sedia untuk merampas lapan perniagaan yang dimiliki oleh rangkaian sindiket ini. – 1 Januari 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related