HEADLINES

Skim upah lebih adil kepada penjawat awam akan disegerakan: PM

Pelaksanaannya tidak dapat dilakukan tahun lalu kerana kedudukan kewangan dan hutang negara yang tinggi

3:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat menyegerakan pelaksanaannya pada tahun lalu kerana kedudukan kewangan negara, selain mewarisi hutang yang tinggi.

“Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.

“… dan saudara harus percaya, kita tidak menyegerakan pada tahun lalu kerana kita mewarisi kedudukan kewangan dan hutang negara ketika itu masih tinggi, mencecah RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus.

“Alhamdulillah dengan kerjasama semua pimpinan, Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha (KSU), agensi dan sektor swasta, kita dapat kurangkan kepada lima peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis peluncuran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan barisan anggota Kabinet.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beberapa garis panduan akan disediakan pada suku pertama 2024 supaya skim gaji baharu itu dapat diumumkan.

Katanya, kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau bangga dengan prestasi dipamerkan penjawat awam sehingga kerajaan berupaya melaksanakan dasar untuk kebaikan rakyat termasuk pelaksanaan sistem Padu.

Selain memuji SPRM dalam membanteras rasuah, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah baru-baru ini.

Katanya, operasi PDRM berhasil mengambil tindakan terhadap pengedar khususnya ‘jerung’ yang mendalangi sindiket berkenaan.

“PDRM pada bulan lalu catat satu lagi tindakan dan kejayaan. Dalam kita bicara soal dadah, ratusan ribu anak terbabit (gejala) dadah dan sukar diambil tindakan terhadap pengedar besar, tauke besar.

“Maka saya salute (tabik) PDRM menjelajah ke Sabah dan ambil tindakan tegas. (Jadi) cerita jerung terlepas tak timbul lagi dan tumpuan kita adalah ke atas jerung ini supaya anak ikan beringat,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related