HEADLINES

Remaja 14 tahun direman empat hari berkait kes amang seksual

Suspek ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 15 tahun di sebuah sekolah di Sabak Bernam

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Md Yusof Ahmad mengesahkan pihaknya menahan seorang pelajar Tingkatan Dua bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan, Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan di tepi Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar.

Jelas Md Yusof, permohonan reman dibuat pada 14 Oktober dan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari sehingga hari ini (17 Oktober).

“Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi 13 Oktober lalu ketika waktu rehat di dalam salah sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

“Mangsa yang terbabit adalah seorang pelajar Tingkatan Tiga berusia 15 tahun,” katanya ketika dihubungi media, lapor BH.

Menurut beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat. – 17 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related