◉ HEADLINES

Aisyah Hijanah dedah kisah hidupnya bakal difilemkan, wataknya akan dimainkan oleh Laudya Cynthia Bella

Berita itu dikongsikan oleh Aisyah sewaktu dia menjadi tetamu di rancangan Meletop pada malam Selasa

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisyah Hijanah mendedahkan bahawa kisah hidupnya bakal difilemkan.

Perkara itu didedahkan oleh Aisyah sewaktu dia menjadi tetamu jemputan di rancangan Meletop malam tadi.

Menjawab pertanyaan pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad tentang fotonya bersama Laudya Cynthia Bella, Aisyah memberitahu bahawa pelakon terkenal dari Indonesia itu akan memegang watak sebagai dirinya.

“Gambar itu diambil sewaktu kunjungan saya ke Jakarta baru-baru ini. Saya diundang untuk tayangan perdana filem sekuel Buya Hamka.

“Sebenarnya kisah hidup saya akan dijadikan filem oleh produksi dari Indonesia iaitu Falcon Pictures.

“Filem ini akan menceritakan tentang kisah hidup saya dari dulu sampailah sekarang,” katanya.

Kongsinya lagi, penggambaran filem ini akan dimulakan pada bulan Jun nanti.

Aisyah mula menjadi perhatian ramai apabila berita mengenai suaminya iaitu Alif Teega yang menikah kali kedua bersama pekerja mereka sendiri menjadi tular sehingga ke Indonesia.

Malah sikap Aisyah yang dilihat tenang dan kuat menghadapi dugaan menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. – 3 Januari 2024

Topics

 

◉ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related