HEADLINES

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,481 orang pagi ini: Nadma

13 PPS dibuka iaitu empat di Johor Bahru yang menempatkan 420 mangsa, enam di Kota Tinggi (720), dua di Mersing (271) dan satu di Kluang (70)

10:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,481 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini berbanding 1,024 mangsa malam tadi.

Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 13 PPS yang dibuka itu ialah empat di Johor Bahru yang menempatkan 420 mangsa, enam di Kota Tinggi (720 mangsa), dua di Mersing (271 orang) dan satu di Kluang (70 orang).

Menurut Nadma, status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Tenglu Besar Mersing, Johor yang merekodkan 2.12 meter (m) dengan trend menurun; Sungai Endau Kluang, Johor (14.74m dengan trend meningkat); Sungai Perak Hulu Perak, Perak (112.04m dengan trend menurun) manakala Sungai Arau, Perlis (24.15m dengan trend meningkat) setakat pagi ini.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 23 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Durian Mentangau, Dungun, Terengganu; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli, Hulu Perak,Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor; Jalan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor dan Jalan Temerloh-Jerantut, Temerloh, Pahang. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Related