HEADLINES

Polis tumpas ‘Geng Jiva’, tahan 4 individu termasuk wanita

Kumpulan itu melakukan jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh

8:21 AM MYT

 

IPOH – Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata dikenali ‘Geng Jiva’ selepas menahan empat individu termasuk ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan itu dipercayai dapat menyelesaikan 24 kes jenayah kekerasan dan 34 jenayah harta benda disyaki dilakukan kumpulan itu di sekitar Ipoh, Perak.

“Kita percaya telah melumpuhkan Geng Jiva yang dipercayai aktif menyamun di beberapa taman perumahan, selepas memberkas empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 26 hingga 35 tahun yang dikehendaki pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kumpulan itu melakukan jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh khususnya di Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham.

Menurut Yahaya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk seorang wanita, positif dadah jenis methamphetamine dan keempat-empat suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah.

Yahya berkata kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related