HEADLINES

Mengiklan makanan halal tanpa miliki sijil adalah satu kesalahan: Jakim

Pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang disarankan supaya memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SHPM)

6:13 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SHPM.

Beliau berkata pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

“JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected]. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related