HEADLINES

Didakwa seleweng dana, Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard

Laporan itu akan dibuat di Balai Polis Seberang Jaya pagi ini kerana dakwaan terbabit dianggap fitnah untuk menjatuhkan maruahnya

8:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan membuat laporan polis terhadap ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin di Balai Polis Seberang Jaya, pagi ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan fitnah dibuat individu terbabit yang mengaitkan namanya berhubung penyelewengan dana badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard memuatnaik hantaran berunsur fitnah menerusi Facebook pada 5 Januari lalu yang mengandungi pelbagai tuduhan dan tohmahan tidak benar, tidak berasas serta berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan jahat yang dibuat ke atas diri saya.

“Jelas, ruang yang diberi untuk membuat aduan bukannya lesen mudah memberi laluan untuk fitnah serta publisiti murahan.

“Tambahan, segala prosedur pemberian sumbangan kepada mana-mana pihak, termasuk NGO perlu melalui tatacara yang sudah ditetapkan unit penyelarasan pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Shamsul Iskandar berkata, beliau akan membuat laporan polis itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Memandangkan saya sekarang ini berada di Permatang Pauh, saya akan membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya, esok (hari ini), Sabtu jam 8.30 pagi.

“Saya juga sudah mengarahkan peguam saya untuk meneliti perkara ini dan memberikan saya nasihat akan tindakan perundangan yang selanjutnya,” katanya.

Semalam, Chegubard menerusi akaun dinamakan Che GuBard, memuatnaik hantaran mendakwa wujud penyelewengan dana NGO yang diagih Shamsul Iskandar.

Chegubard mendakwa pihak Shamsul Iskandar mahu mengagihkan dana bantuan NGO, termasuk bakul makanan tetapi ia bukan untuk program, sebaliknya hanya bagi mengaut dana. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related