HEADLINES

Komen ‘Type C’: Darsa Fried Chicken tubuh pasukan profesional kendali media sosial

Tindakan turut diambil ke atas admin Facebook Darsa Fried Chicken Official dengan menukarnya ke bahagian lain

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken (DFC) mengambil tindakan tegas dengan menukar ke jabatan lain dan tidak terlibat dalam media sosial lagi susulan penggunaan perkataan ‘Type C’ dalam komen maklum balas terhadap pelanggan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DFC, Mohamad Faiz Zuhdi Azahar berkata, restoran berkenaan turut melantik satu pasukan dalam kalangan mereka yang profesional bagi menguruskan media sosial serta pemantauan ketat akan dilakukan ke atas setiap hantaran.

“Kita mengambil tindakan tegas pada admin tersebut, ditukar ke bahagian lain. Tindakannya sebelum ini tidak cerminkan pandangan pada DFC.

“Saya percaya pada pihak pengurusan dan apa yang berlaku hari itu adalah sesuatu yang tidak dijangka hingga ia meletup.

“Kami dalam keadaan tidak bersedia pada hari itu kerana pihak pengurusan lebih memfokus kepada mengembangkan syarikat,’’ katanya pada sidang media di restoran berkenaan di Bukit Jelutong, hari ini.

Isu ‘Type C’ menjadi panas di media sosial selepas admin di Facebook Darsa Fried Chicken Official menggunakan perkataan tersebut ketika menjawab komen seorang netizen yang berharap restoran makanan segera itu menyemak semula kadar harga hidangannya.

Ia dikatakan mahal berbanding restoran makanan segera yang lain.

Pada Selasa lalu, DFC dalam satu kenyataan memohon maaf di atas insiden tersebut.

Komen itu dianggap rasis kerana netizen menyifatkan restoran tersebut cuba bermain dengan isu perkauman.

Ia juga menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Chua Wei Kiat yang baru bercadang untuk mencuba ayam goreng di restoran tersebut tertanya-tanya mengenai istilah ‘Type C’ itu.

“Baru fikir nak cari masa untuk pergi cuba kedai ayam goreng lokal kerana lokasi berhampiran Rawang dan semangat nak support lokal.

“Tetapi.. sekarang muncul pula soal “type C”. Apa maksud “type C”?,’’ tulis Wei Kiat dalam Facebooknya.

Mengulas lanjut, Mohamad Faiz berkata, pihaknya memohon maaf dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk polis. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related