HEADLINES

PKO: Hormati autonomi PH Sabah, selesai isu logo PRN secara matang, muafakat

Cadangan penggunaan logo parti tidak wajar dilihat sebagai tanda kurang setia, sebaliknya sebagai strategi politik yang mengambil kira identiti tempatan

3:53 PM MYT

 

TUARAN – Penggunaan logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu dilihat secara matang dan berlandaskan semangat muafakat dalam Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran, Rayner Ebi.

Menurutnya, Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini telah memberikan autonomi kepada PH Sabah untuk menentukan pendekatan dan strategi politik di peringkat negeri.

“Dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah pada 29 Mei 2025, Perdana Menteri sendiri menyatakan PH Sabah mempunyai empat ketua mewakili empat parti komponen, dan penyelarasan keseluruhan akan diterajui oleh Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ketua Pemuda Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran, Rayner Ebi. – Gambar Facebook, 13 Oktober, 2025

Mengulas lanjut, Rayner menambah kenyataan tersebut memperlihatkan kepercayaan serta penghormatan kepimpinan pusat terhadap keunikan politik Sabah, dan UPKO berpegang kepada semangat tersebut dalam setiap pertimbangan.

“Cadangan penggunaan logo parti tidak wajar dilihat sebagai tanda kurang setia, sebaliknya sebagai sebahagian daripada strategi politik yang mengambil kira identiti tempatan. PH Sabah sentiasa mengamalkan prinsip perbincangan dan kesepakatan,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu PKR sebelum ini juga menggunakan logo parti dalam PRN Johor pada tahun 2022, manakala Amanah dan DAP menggunakan logo Pakatan Harapan.

“Contoh ini menunjukkan PH sememangnya terbuka terhadap kepelbagaian strategi di bawah satu payung kerjasama. Jadi, tidak timbul isu kesetiaan dalam perkara ini,” katanya lagi.

Rayner berkata, UPKO yakin kepimpinan tertinggi PH tidak melihat isu ini sebagai satu perbalahan,sebaliknya akan menanganinya dengan kebijaksanaan seperti mana kebiasaan dalam gabungan itu.

“Kita serahkan ruang ini kepada Majlis Presiden PH untuk meneliti dan memutuskan dengan cara terbaik. Bagi UPKO, yang paling penting ialah memastikan kesatuan dan kekuatan bersama terus diperkukuh demi rakyat,” tambahnya.

UPKO kekal komited untuk memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Harapan, selaras dengan semangat saling menghormati dan tanggungjawab bersama membina masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera. – 13 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related