HEADLINES

MCMC bantu naik taraf jaringan internet di semua institusi pendidikan Mara

Ia terutamanya di 269 institusi yang memfokuskan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempelopori teknologi terkini

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di semua 342 institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), susulan beberapa aduan daripada pelajar dan tenaga pengajar mengenai masalah terbabit.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam pertemuannya bersama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya hari ini.

“Alhamdulillah, Tan Sri bersetuju untuk MCMC membantu Mara terutamanya untuk naik taraf jaringan rangkaian ‘connectivity’ internet di seluruh 342 institusi-institusi pendidikan Mara.

“Ini terutamanya di 269 institusi yang memfokuskan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempelopori teknologi terkini untuk penambahbaikan capaian internet bagi mencapai pembelajaran pendigital dan ICT yang lebih berkesan buat pelajar dan pengajar,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, kerjasama Mara serta MCMC akan memanfaatkan pelajar TVET dan Mara mengambil bahagian serta menyumbang kepada ekonomi digital negara yang mana sesuai dengan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, selain capaian yang lebih pantas, ia juga membolehkan pelajar dan pensyarah mengakses sumber dalam talian dan bahan kursus dengan lebih cekap termasuk capaian di desa dan luar bandar.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Terdahulu Asyraf mengetengahkan keluhan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan institusi-institusi pendidikan di bawah Mara mengenai isu rangkaian internet. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related