HEADLINES

‘Tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang akan isytihar sokongan terhadap PM’

Kesemua mereka akan mengisytiharkan sokongan apabila Dewan Rakyat bersidang pada 28 Februari

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang didakwa akan mengisytiharkan sokongan secara terbuka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Februari.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, semua ahli parlimen itu hanya menunggu masa bagi mengisytiharkannya dan percaya perkara tersebut masih relevan dalam kalangan mereka.

“Tujuh hingga lapan orang (Ahli Parlimen pembangkang) tunggu masa untuk isytihar (sokongan terhadap Anwar) dan ia masih relevan.

“Mereka tunggu sebab Parlimen tak mula lagi, bila Parlimen start (bersidang) pada 28 Februari, baru aktiviti itu akan bermula balik.

“Itu yang mereka tunggu dan lihat apa yang akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat anjuran Pusat Parlimen Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, hari ini.

Tahun lalu, lima ahli Parlimen dari Bersatu menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) berbuat demikian. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Don’t add fuel to the haze: public urged to stop open burning as air quality dips

Winds from Sumatra carry smoke across west coast as dry spell worsens conditions

Related