Umno akan lancar petisyen ampun Najib: Lokman

Lokman menambah, parti itu akan merayu supaya Najib menerima parol atau tahanan dalam rumah

4:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno bakal mengadakan jelajah di seluruh negara bagi mendapatkan tandatangan untuk merayu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan penuh.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata, tandatangan berkenaan yang akan dikumpulkan dalam masa beberapa hari, akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk mempertimbangkan keputusan Lembaga Pengampunan.

“Kami sedih kerana (Najib) tidak mendapat pengampunan penuh.

“Umno akan bekerja keras untuk mengumpul tandatangan bagi dipersembahkan kepada Agong untuk mempertimbangkan pengampunan Diraja kepada Najib,’’ katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti berkenaan hari ini.

Lokman menambah, parti itu akan merayu supaya Najib menerima parol atau tahanan dalam rumah.

Proses petisyen berkenaan, katanya, akan dimulakan dengan mesyuarat ketua Umno bahagian untuk memberikan penjelasan mengenai ‘kedudukan sebenar’.

‘Kami meminta semua ahli Umno kekal tenang, perkara ini belum berakhir. Usaha kita akan berterusan dan kita meminta semua menghormati keputusan oleh Lembaga Pengampunan.’’

Lokman turut merakamkan terima kasih kepada presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas sokongan dalam mempercepatkan pendengaran petisyen pengampunan Najib.

Pada masa sama, Lokman turut berharap Anwar akan ‘bersama-sama’ Umno dalam usaha untuk mendapatkan keadikan kepada Najib, dan mendakwa bekas presiden itu tidak mendapat keadilan sejak awal.

Semalam,Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai, 2020.

Beliau telah dihukum penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

Berikutan itu, Najib telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut dan sabitan kes di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua mahkamah tertinggi itu menolak rayuannya masing-masing pada 8 Disember, 2021 dan 23 Ogos, 2022. – 3 Februari, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related