HEADLINES

Anwar mahu laporan, kenapa UMS tiada air meskipun peruntukan RM3 juta diluluskan tahun lepas

Perdana Menteri mahu tahu apa sudah jadi dengan peruntukan RM3 juta, apakah projek mengambil masa yang lama

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan apa yang berlaku dengan peruntukan RM3 juta yang diluluskan oleh beliau pada tahun lepas bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sedangkan mahasiswa masih berdepan dengan isu bekalan air.

Sambil menyatakan kebimbangannya, Anwar berkata, beliau tidak mahu menghukum namun mahukan laporan teliti mengenai perkara berkenaan.

“Saya baca di media sosial, Menteri Pendidikan Tinggi telah disambut mahasiswa di UMS dalam keadaan mereka belum mandi kerana ketiadaan air.

“Tahun lalu saya sampai ke sana dan saya dengar keresahan mereka (mahasiswa) lalu saya luluskan peruntukan RM3 juta. Jadi saya tak mengerti, mungkin projek ambil masa.

“Saya mahu laporan teliti apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan segera peruntukan untuk air di universiti tersebut,” katanya ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, semasa lawatan kerja pertama Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke UMS di Kota Kinabalu, beliau disambut dengan nyanyian lagu permohonan maaf daripada pelajar terbabit kerana mereka belum mandi semasa kunjungannya itu disebabkan masalah air di kampus.

Sorry (maaf) YB (Yang Berhormat) kami belum mandi,” demikian antara bait-bait lagu yang dinyanyikan sekumpulan pelajar terbabit.

Pada masa sama, mereka juga dilihat memegang plakad yang tertera perkataan ‘Kembalikan Hak Kami’ dan ‘Madani untuk siapa?’ bagi menzahirkan masalah mereka di kampus berikutan ketiadaan bekalan air.

Pada 31 Mei tahun lalu, ketika lawatan Anwar ke UMS, beliau telah mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di universiti terbabit. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[UPDATED] LRT derailment: Loke says Ampang and Sri Petaling line to reopen June 3

Transport minister confirms track repairs will begin once derailed train is removed from Chan Sow Lin station

Related