HEADLINES

Penolong pegawai tadbir ditahan minta, terima rasuah RM6,000

Wang tersebut sebagai balasan kerana suspek membocorkan maklumat sebut harga kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penolong pegawai tadbir kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM6,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Selangor bagi dirakamkan keterangan.

“Siasatan awal mendapati bahawa suspek meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya daripada sebuah syarikat pada 2021.

“Wang rasuah ini sebagai balasan kerana suspek membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor bernilai lebih RM130,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada esok pagi bagi proses permohonan reman. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related