◉ HEADLINES

Agong perkenan calon Duta Besar Malaysia ke AS, akan diumum dalam masa terdekat: Anwar

Perdana Menteri berkata calon baharu itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan segera

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Calon Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Calon duta AS akan diumumkan dalam masa terdekat, segera. Sudah ada keputusannya. Agong sudah perkenan.

“Kita akan umumkan. Ia akan mengikut proses. Kalau boleh sabar dulu dalam sehari dua ini,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Prima Saujana di sini, hari ini.

Pelantikan baharu itu akan menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz yang sudah menamatkan penggalnya selama dua tahun sebagai Duta di negara berkenaan.

Pada 24 Februari lalu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu Duta baharu Malaysia ke Amerika Syarikat adalah diplomat kerjaya dan bukannya ahli politik seperti yang berlaku pada pelantikan sebelum ini.

“Calon itu ialah seseorang yang berpengalaman luas dalam diplomasi serta rundingan pelbagai hala,” kata Mohamad.

Nazri adalah antara ahli politik yang dilantik sebagai duta sejak kebelakangan ini, termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Awang Adek Hussin dan Tan Sri Zulhasnam Rafique, semuanya daripada Umno.

Duta pertama Malaysia ke AS ialah Tun Dr Ismail dan ahli politik lain termasuk Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin, Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari dan veteran MCA, mendiang Datuk Lew Sip Hon. – 4 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Diesel rises to RM6.02 in West Malaysia as RON97 slips to RM4.95, RON95 subsidies stay in place

Finance Ministry says soaring Brent crude and refined fuel prices continue to pressure domestic pump rates

Diesel, petrol prices drop for 23–29 April period: Finance Ministry

Diesel sees 85 sen reduction as global oil prices ease under automatic pricing mechanism

Likely higher income for riders as Grab revises incentives, bonus payment schedules

P-hailing drivers and riders can expect more money in their pockets as Grab Malaysia has raised the cancellation rate requirement for all incentives from 5% to 8%.

◉ Related