HEADLINES

Eric Dier sertai Bayern Munich, bergabung dengan Harry Kane

Pada ketika kontraknya bersama Tottenham berbaki lima bulan untuk tamat, peluang menyertai juara Eropah enam kali, Bayern sesuatu yang sukar untuk ditolak

10:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Eric Dier akan bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya di Tottenham, Harry Kane apabila menyertai gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich sehingga hujung musim ini.

Pertahanan tengah England itu yang sering menjadi mangsa kritikan penyokong Spurs menandatangani kontrak enam bulan bernilai 4 juta euro (RM20.4 juta) sehingga 30 Jun.

Selepas mengharungi musim buruk bersama Tottenham, Dier, 29, menyifatkan perpindahan ke Munich ibarat ‘impian menjadi kenyataan’.

“Sejak kanak-kanak, anda pasti mahu beraksi dengan kelab besar seperti Bayern suatu hari nanti,” kata Dier dalam kenyataannya awal pagi tadi.

Selepas 10 tahun menyarung jersi Tottenham, tempoh 12 bulan terakhir adalah detik paling sukar buat Dier, apatah lagi dia hanya membuat satu penampilan musim ini biarpun kelab itu berdepan krisis kecederaan pemain pertahanan.

Tempoh 12 bulan terakhir adalah detik paling sukar buat Eric Dier selepas hanya membuat satu penampilan musim ini biarpun Tottenham berdepan krisis kecederaan pemain pertahanan. – Gambar Bayern Munich, 12 Januari, 2024

Pada ketika kontraknya bersama kelab London itu berbaki lima bulan untuk tamat, peluang menyertai juara Eropah enam kali, Bayern adalah sesuatu yang sukar untuk ditolak.

Sementara itu pengurus Bayern, Thomas Tuchel percaya, pengalaman yang dimiliki Dier akan menjadi nilai tambah buat pasukannya.

“Dia adalah pakar di bek tengah tetapi dia boleh bermain sama ada di posisi itu atau mana-mana bahagian.

“Dia sering bermain di bahagian tengah. Dia akan menjadi alternatif yang baik untuk skuad,” katanya.

Dier yang menyertai Tottenham dari Sporting Lisbon pada 2014 bakal berdepan persaingan daripada Matthijs de Ligt, Kim Min-jae dan Dayot Upamecano di bahagian pertahanan tengah, selain Leon Goretzka dan Raphael Guerreiro di bahagian tengah. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related