◉ HEADLINES

Palam pintu Max 9 tercabut ‘Buatan Malaysia’: Kementerian Pengangkutan belum terima maklumat lanjut

Anthony Loke kata pihaknya belum dapat mengesahkan laporan berita terbabit sama ada sahih atau tidak.

12:35 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan palam pintu yang tercabut dari pesawat Boeing 737 Max 9 milik Alaska Airlines pada Jumaat lalu, ‘Buatan Malaysia’.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya juga belum dapat mengesahkan laporan berita terbabit sama ada sahih atau tidak.

“Kita belum terima apa-apa maklumat lagi, tak boleh komen, pertama ia bukan bawah kawal selia kita.

“Kita pun tak tahu itu sahih atau tidak, itu hanya mengikut laporan daripada seorang pemerhati ataupun orang ramai.

“Kalau ada laporan secara rasmi daripada pihak syarikat penerbangan itu, kita akan minta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melihat aduan tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, satu laporan mempersoalkan sama ada palam pintu yang tercabut dari pesawat Boeing 737 Max 9 milik Alaska Airlines pada Jumaat lalu ‘Buatan Malaysia’.

Seorang guru di Portland, Amerika Syarikat, Bob Sauer menemukan palam pintu di belakang rumahnya dan tertarik dengan nombor siri dan butiran pembuatan yang tertera pada peralatan itu, seperti ditulis dengan tangan menggunakan marker dakwat kekal.

Antara lain katanya, tulisan itu tertera perkataan palam pintu terbabit dihasilkan di Malaysia dan mempunyai nombor unit talian 8799.

Tulisan Buatan Malaysia yang tertera di palam pintu pesawat menimbulkan tanda tanya apakah ia dibuat di Malaysia. – Gambar media sosial, 12 Januari, 2024

“Itu adalah cara menarik untuk melakukan kawalan inventori,” katanya kepada media tempatan.

Ketika ditanya mengenai butiran tulisan tangan itu, pembuat pesawat Boeing memaklumkan, pihaknya tidak dapat mengulasnya kerana siasatan sedang dijalankan.

Sauer berkata, beliau tidak melihat apa-apa yang kelihatan salah dengan palam pintu itu, walaupun dia bukan seorang jurutera aeroangkasa. 

Wakil Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS berada di rumah Sauer pada jam 7 pagi Isnin lalu untuk mengumpul bukti.

Enam minit selepas berlepas, salah satu panel kapal terbang tercabut, menyebabkan kabin mengalami masalah tekanan, meninggalkan satu lubang pada fiuslaj, sekali gus membuatkan penumpang Alaska Flight 1282 terdedah kepada bahaya.

Menjelang malam Jumaat, kesemua 171 penumpang dan enam anak kapal tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Portland dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan.- 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[TONTON] Mahal untuk dikendalikan, namun berbaloi untuk dinaiki: penjelasan mengenai perkhidmatan rel

'Jumlah penumpang yang tinggi, tambang rendah dan rangkaian yang terus berkembang,' demikian pandangan pakar rel mengenai sistem perkhidmatan rel negara

◉ Related