HEADLINES

Orang India tidak setia: Gobind bidas Dr Mahathir, ‘kita semua rakyat Malaysia, sudah bina negara bersama’

Tiada kesalahan dengan hakikat bahawa kita berasal dari latar belakang kaum, agama dan budaya berbeza sama sekali atau bercakap bahasa berbeza

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mempersoalkan kesetiaan kaum India dan Cina di Malaysia kepada negara ini, semata-mata mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda serta menganut budaya dan adat resam mereka sendiri.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan rakyatnya terdiri daripada latar belakang agama dan budaya berbeza.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengiktiraf perkara ini.

“Perlembagaan Persekutuan juga menerangkan bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan hanya agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.

“Ia juga diterima umum bahawa ramai rakyat kita bercakap lebih daripada satu bahasa yang kebanyakannya mahir dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka sendiri, termasuk antara lain, Cina, Tamil, Iban atau Kadazan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah menjadi masalah bagi masyarakat di Malaysia.

“Sebaliknya, kepelbagaian inilah yang sudah menguatkan kita dan meletakkan kita dalam kedudukan untuk mendapat manfaat daripada dunia hari ini yang sebahagian besarnya bersifat global,” katanya.

Justeru, Gobind berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu tidak wajar dan lebih malang walaupun menerajui Malaysia bertahun-tahun, Dr Mahathir masih mendapati ia sesuai untuk membuat kenyataan yang memecahbelahkan, terutamanya membabitkan kaum.

Malah, Gobind yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, Dr Mahathir harus mengakui bahawa semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina dan India serta masyarakat Sabah atau Sarawak sudah bekerja keras untuk membina negara ini.

Ujarnya, tiada kesalahan dengan hakikat bahawa kita berasal dari latar belakang kaum, agama dan budaya berbeza sama sekali atau bercakap bahasa berbeza.

“Kita memang rakyat Malaysia dan setia kepada negara kita,” kata Ahli Parlimen Damansara itu.

Terdahulu, Dr Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media dilaporkan mendakwa, masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Malah, beliau berkata, orang India di Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, tetapi berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Bukan setakat itu, Dr Mahathir didakwa berkata, masalahnya adalah apabila masyarakat India dan Cina menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi tetap mengamalkan budaya serta adat sendiri.

Kenyataan Dr Mahathir itu juga mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang kecewa dan membidasnya.

Menurut Aaron, sebagai seorang negarawan yang bersama-sama membina Malaysia, Dr Mahathir sepatutnya menjadi ‘ejen’ perpaduan negara dalam menyebarkan mesej kebersamaan. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related