HEADLINES

‘Mizz Nina hadir ke rumah saya dengan suami dan polis untuk ambil Musa dari jagaan saya’ – Noh Salleh

Terdahulu, timbul gosip mengatakan Noh telah menculik Musa daripada jagaan Mizz Nina dengan bantuan pembantu rumah, namun dia menafikan tuduhan itu

9:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Noh Salleh mendedahkan bekas isteri, Mizz Nina telah hadir ke rumahnya bersama polis untuk mengambil anak mereka iaitu Musa.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 39, di Instagram, dia mendedahkan bahawa kejadian itu telah berlaku pada malam Sabtu lalu.

“Malam semalam lebih kurang jam 8.30 malam, pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya dengan perintah interim mahkamah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.

“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” tulisnya.

Tambahnya, tiada sebarang insiden perebutan yang berlaku kerana dia masih percaya dengan jalan pendamaian.

“Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa. Saya harap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa kalian,” tulisnya.

Terdahulu rancangan hiburan Melodi yang disiarkan di TV3 telah menemu bual Noh tentang gosip yang mengatakan dia menculik anaknya daripada Mizz Nina dengan bantuan pembantu rumah. Namun Noh menafikan tuduhan itu. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Popular

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

‘You’re lucky to have uniforms’: Pos Malaysia CEO under fire after ‘rude’ reply to postman

Social media users highlighted company’s top five’s high compensation, including Charles Brewer’s, despite making losses sixth year in a row

M’sia achieves 70% reduction in ozone-depleting substance use: Nik Nazmi

New strategies aim for a complete phase-out of harmful refrigerants by 2030, boosting green technology jobs

Related