Musa diambil tanpa pengetahuan saya, Noh mungkir janji dan tahu larangan itu: Mizz Nina

Mizz Nina juga mendedahkan Noh kehilangan hak jagaan sepenuhnya terhadap Musa selepas mereka bercerai

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu mengenai Musa masih belum selesai! Terbaharu, penyanyi yang kini bergelar aktivis, Mizz Nina pula mendedahkan bekas suaminya, Noh Salleh mengambil anak angkatnya itu tanpa izin dan pengetahuannya.

Malah, Mizz Nina juga menyatakan Noh memungkiri janji apabila memuatnaik wajah Musa di media sosial dan mendakwa kononnya dia tidak tahu larangan untuk tidak mendedahkan wajah anak kecil itu di mana-mana platform.

Tidak hanya itu, Mizz Nina turut memaklumkan bahawa Noh kehilangan hak jagaan sepenuhnya terhadap Musa selepas perceraian mereka.

“Saya mengambilnya (Musa) sebagai anak angkat pada hari kedua dia dilahirkan dan saya menyusukannya. Selama dua tahun Musa tidur di atas katil yang sama, menjalani rutin harian dengan kelas dan rakan-rakannya.

“Dan semasa saya berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan pulang ke KL, dia dibawa pergi tanpa kebenaran dan pengetahuan saya, ketika dia (Musa) berada di bawah jagaan saya dengan dokumentasi undang-undang.

“Sejak saat itu saya tidak mengetahui lokasinya dan tidak mempunyai komunikasi, tidak menerima kemas kini foto atau video selama lebih tiga minggu,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Menurut Mizz Nina lagi, pada saat itu, Noh memuat naik muka Musa di internet dan memungkiri janjinya.

“Kemudian berkata dia tidak tahu mengenainya sedangkan saya tahu bahawa dia tahu. Mulai saat ini, privasi Musa terjejas dan hidupnya tidak akan sama.

“Noh kemudian mendedahkan dalam kenyataan permohonan maaf nama ibu kandung yang mana ia sama sekali tidak selari dengan tujuan permohonan maaf dan tidak sensitif terhadap keinginan ibu kandung untuk tidak dikenali.

“Sekali lagi, ia mendedahkan privasinya sejurus selepas wajah Musa didedahkan,” katanya.

Jelas Mizz Nina lagi, demi mengelak konflik itu daripada berulang lagi, dia sudah mendapatkan perintah mahkamah ex parte.

“Kanak-kanak tidak boleh diambil daripada mereka tanpa kebenaran penjaga yang sah. Untuk mengelakkan konflik, saya kemudiannya pergi ke mahkamah syariah untuk menerima perintah mahkamah ex parte.

“Alhamdulilah dah dapat Musa balik dan Musa juga kembali dalam persekitaran yang selesa di rumahnya selepas melalui pengalaman traumatik apabila dia diambil keluar daripada persekitaran normalnya,” katanya.

Mizz Nina juga mendedahkan selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberinya hak penuh untuk menjaga Musa, di hadapan pesuruhjaya sumpah.

“Sejak saat itu, dia kehilangan haknya untuk menjadi penjaga kepada Musa dan selepas saya berkahwin dengan suami saya Essam, Musa berada dalam keadaan yang stabil dengan mama dan babanya.

“Kemudian tiba-tiba dia dibawa pergi tanpa pengetahuan saya dengan kerjasama seorang pengasuh yang diupah oleh saya untuk menjaga Musa sewaktu ketiadaan saya, tetapi mengkhianati saya.

“Saya di sini untuk memberitahu anda kisah benar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah, tanpa cuba mencetuskan kekacauan. Ini bukan hanya sisi cerita saya, ini adalah kebenaran dan semoga Allah terus membawa kebenaran kepada cahaya,” katanya. – 28 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Severe turbulence: Singapore Airlines flight makes emergency landing in Bangkok, one dead, 30 injured

The Boeing 777 flying in from London was forced to land at Suvarnabhumi Airport, Bangkok, 3.45pm local time

GXBank, Zurich ink 10-year partnership aiming to protect customers against scams

With cybercrime on the rise, digital bank and insurance company team up to ensure M’sians are protected financially, with their first product to be launched in Q3 this year

Related