Zizi Kirana mahu lagu ciptaan Yasin Sulaiman yang ditulis dalam penjara

Selain Yasin, Zizi juga inginkan lagu daripada Malique dan seorang komposer dari Mesir

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Zizi Kirana mengakui mahu mendapatkan salah satu lagu yang dicipta Yasin Sulaiman sewaktu penyanyi nasyid dan komposer itu ditahan di dalam penjara.

Yasin sebelum ini pernah mendedahkan telah mencipta 13 buah lagu sepanjang berada di dalam Penjara Sungai Buloh.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia memang bercadang untuk muncul dengan EP (album mini) dan kini dalam perancangan memilih material yang sesuai.

“Saya memang nak sangat lagu daripada Yasin yang dia cipta sewaktu dalam penjara. Saya dah beritahu pengurus, walau macam mana pun, kena dapatkan juga salah satu lagu yang Yasin cipta,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem The Lord Musang King.

Kongsi bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh ini lagi, selain Yasin, dia juga inginkan lagu daripada Malique.

“Malique pernah beritahu saya yang dia akan cipta lagu solo untuk saya nyanyikan. Saya akan ingat janji itu.

“Saya juga sedang dalam perancangan untuk mendapatkan khidmat komposer dari Mesir. Dia adalah penyanyi asal lagu Qamarun.

“Saya memang berkawan dengan dia. Dia pun selalu mesej tanya bila nak buat lagu bersama. Insya-Allah doakan semoga berhasil,” katanya.

Kali terakhir Zizi muncul dengan lagu baru kira-kira dua tahun lalu menerusi lagu Pijak.

Tambah Zizi, dia tidak dapat lari daripada menyanyikan lagu rap meskipun sudah berhijrah.

“Rap itu sudah menjadi DNA saya. Walau macam mana pun saya tetap kena ada elemen rap dalam lagu. Tetapi macam yang pernah saya beritahu sebelum ini, jika saya harus sampaikan lagu rap, saya akan menyanyikan sambil duduk,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

Popular

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related