HEADLINES

Duit dalam akaun Dynas Mokhtar lesap, ‘saya dah tak tahu apa yang selamat sekarang’

Menurut Dynas selepas menyemak penyata akaun bank miliknya, dia mendapati terdapat transaksi menggunakan mata wang asing, termasuklah dari Hong Kong

4:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar mendedahkan bahawa duit dalam akaunnya telah lesap.

Menerusi hantaran dikongsikan Dynas di Instagram, dia memberitahu hanya menyedari perkara itu sewaktu ingin membayar gaji pembantu peribadinya.

“Ketika itulah saya sedar hampir kesemua duit dalam akaun simpanan saya hilang. Saya tak pernah ada kad kredit, saya cuma ada kad debit. Saya fikir kad debit lebih selamat sebab kita tak berhutang.

“Bila saya semak penyata akaun bank saya, saya lihat ada transaksi dari mata wang yang pelik-pelik seperti dari Hong Kong dan banyak lagi. Saya tak boleh dedah terlampau banyak maklumat kerana pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Katanya lagi, dia berkongsi tentang perkara ini kerana tidak mahu orang lain mengalami nasib yang sama dengannya.

“Sekarang isunya bukan lagi tentang anda klik pautan atau apa. Pemegang kad debit perlu berhati-hati. Jangan simpan banyak sangat duit dalam debit kad. Simpan di tempat yang lebih selamat. Jika ada orang yang klon kad anda, semua wang anda akan lesap.

“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan dengan lebih lanjut. Saya hanya mahu anda semua berhati-hati.

“Kita semua menuju ke zaman tanpa tunai. Semuanya dalam talian. Tetapi adakah ia selamat? Saya tak tahu. Doakan saya,” katanya.

Sementara itu, di bahagian komen ramai netizen yang meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya termasuklah rakan-rakan selebriti.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman ditimpa nasib sama seperti Dynas dan memberitahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut, selain berkongsi tips keselamatan penjagaan akaun simpanan. – 16 Januari 202

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related