HEADLINES

Fathia Latiff kata muka Zahirah MacWilson macam bibik, Aiman tak ada duit

Menurut Fathia, dirinya jauh lebih cantik berbanding Zahirah yang disifatkannya berwajah seperti seorang bibik

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kecoh di media sosial sejak semalam apabila pelakon Fathia Latiff menyifatkan wajah Zahirah MacWilson seperti bibik.

Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Layiff, 37, berkata demikian sewaktu melakukan sesi ‘live’ di akaun media sosialnya. Salah seorang penonton telah menulis bahawa Zahirah seorang yang cantik.

Fathia telah membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa wajah Zahirah kelihatan seperti seorang bibik.

“Zahirah MacWilson cantik, effortless beauty? Adakah anda pasti? Pada saya dia kelihatan seperti seorang bibik. Ayah dia (Zainol Mcwilson) adalah seorang pelakon yang tak popular.

“Dia takkan boleh lawan saya. Pengikut dia kalau digabung dengan pengikut Aiman (Hakim Ridza) sekalipun takkan boleh nak lawan pengikut saya.

“Dia buat bibirnya di Australia. Jangan cuba untuk menafikan. Saya jauh lebih cantik daripada dia,” katanya dalam sesi ‘live’ tersebut.

Tambah Fathia, dia bersyukur kerana Zahirah yang berkahwin dengan Aiman.

“Syukur kepada tuhan kerana dia berkahwin dengan lelaki itu sebab saya pun tak nak dia.

“Aiman tak ada duit. Apa saja yang dia buat?,” ujarnya.

Dalam sesi ‘live’ yang sama, pelakon drama bersiri Ariana Rose itu turut mendedahkan bahawa namanya telah digugurkan daripada menghadiri acara jenama Versace baru-baru ini kerana Zahirah dan Aiman akan menghadiri acara yang sama.

Zahirah MacWilson bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza. – Gambar Instagram, 9 Januari, 2024

“Saya tak boleh terima kenyataan bila saya sudah siap untuk pergi majlis Versace dan disebabkan mereka berdua, nama saya telah dibuang. Jangan sampai saya adukan perkara ini kepada pihak Versace antarabangsa,” kongsinya.

Kenyataan yang dibuat oleh Fathia itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ibu Zahirah iaitu Maslinda Yusoff.

“Ya Allah, Zahirah sikit pun tak kacau hidup dia. Bibir Ira dan Isaac (anak Zahirah) kan sama. Macam mana buat pula?

“Semoga Allah beri petunjuk kepada manusia yang membuat fitnah, ” tulisnya. – 9 Januari 2024

Topics

 

Popular

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related