‘Saya tidak jumpa lagi, tapi keterlaluan, saya akan ambil tindakan’: Khai Bahar ulas isu penyalahgunaan fotonya di laman media tidak senonoh

Semakin bertubuh tegao dan sasa, Khai mengakui sudah lapan bulan menjalani proses membina badan di gim dan berat badannya naik daripada 63 kilogram kepada 70 kilogram

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi Khai Bahar yang semakin bertubuh sasa mengakui tidak mengetahui mengenai kewujudan gambarnya di beberapa laman media tidak senonoh.

Bahkan, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata , setakat ini dia tidak menjumpai lagi penyalahgunaan gambarnya itu di laman-laman media sosial tersebut.

“Ada ke? Saya tidak jumpa lagi. Kalau setakat guna biasa-biasa untuk menyokong saya, itu okaylah. Tapi, kalau keterlaluan sangat dan hendak dijadikan bahan untuk tujuan tidak elok, saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang media pelancaran lagu duetnya, Pejam bersama Adira.

Mengulas tentang bentuk tubuh badannya yang dilihat semakin tegap dan sasa sekarang ini, Khai mengakui sudah lapan bulan dia melakukan senaman di gim untuk membina badannya.

“Saya buat badan untuk diri sendiri. Bukan sebab-sebab lain. Sebab, sebelum ini, saya selalu berjogging dan bila jogging, badan saya jadi mengecil.

“Bila orang jumpa saya, orang tanya Khai sakit ke sebab kurus sangat. Perkara itu membuatkan saya risau sebab saya buat yang sihat iaitu jogging. Tapi, bila orang tegur macan itu, saya cuba besarkan badan untuk nampakkan kita sihat.

“Alhamdulillah, selepas lapan bulan menjalani proses membina badan di gim dengan tunjuk ajar pelatih peribadi, badan saya naik daripada 63 kilogram kepada 70 kilogram.

“Saya rasa sekarang saya dah okay dan saya akan terus work out, bukan untuk besarkan lagi badan tapi sekadar untuk kekalkan sahaja bentuk badan yang sedia ini sebab kalau kita terus berhenti macam itu badan kita akan jadi mengelebeh,” katanya.

Tentang lagu duetnya, Pejam bersama Adira, Khai berkata, dia teruja apabila lagu ciptaan Audi Mo dan Shazee yang sudah disiapkan sejak dua tahun lalu itu berjaya dilancarkan pada hari ini.

“Memang saya punya impian untuk berduet dengan dia. Sebab saya memang sangat meminatinya kerana dia seorang penyanyi yang hebat. Sebelum jadi penyanyi rakaman saya selalu bawakan lagu Ombak Rindu.

“Saya harap lagu ini akan mendapat sambutan yang baik daripada peminat,” katanya yang apabila proses rakaman lagu itu dan proses pembikinan muzik video itu dilakukan dengan sekali take sahaja. – 22 September, 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related