◉ HEADLINES

Ikhwan Rosli gementar kena ‘raba’ Siti Saleha

Ikhwan dan Siti Saleha terlibat dalam drama bersiri terbaru berjudul Seofis yang ditayangkan di Tonton

7:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli mengakui dia gementar ketika menjayakan babak di mana dia perlu meraba aktres Siti Saleha dalam drama bersiri terbaru berjudul Seofis.

Dalam drama tersebut, Ikhwan membawakan watak sebagai seorang lelaki bergelar Datuk yang miang.

Menurut Ikhwan, dia telah meminta izin Siti Saleha terlebih dahulu sebelum melakonkan babak tersebut.

Pelakon dan bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli meminta izin sebelum melakonkan babak itu bersama Siti Saleha. – Gambar Helmi Anuar, 17 Januari, 2024

“Saya rasa ini adalah cabaran buat saya untuk menjayakan watak ini. Saya seorang yang sangat menghormati wanita. Saya juga punya isteri.

“Bila nak melakonkan babak tersebut, sudah tentu saya minta izin dan berbincang terlebih dahulu dengan Siti Saleha.

“Penggambaran pula bukan sekali berlakon terus jadi. Kena buat dalam dua tiga kali.

“Sudah tentu saya gementar untuk melakonkan babak ini. Keluar jugalah peluh jantan saya,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Seofis.

Tambah Ikhwan lagi, dia juga telah memberitahu isterinya terlebih dahulu sebelum melakonkan watak tersebut.

“Isteri saya seorang yang memahami. Dia juga bekerja di dalam industri. Setiap kali lepas habis penggambaran, saya akan cerita pada dia apa yang berlaku,” ujarnya.

Memandang kebelakangan ini banyak babak-babak dalam drama yang disiarkan di platform penstriman tular gara-gara babak panas, kata Ikhwan dia sudah bersedia andai babak lakonannya menjadi tular dan dikecam netizen.

“Kalau nak cakap pasal kecaman dulu pun saya pernah dikecam gara-gara bawa watak antagonis sebagai seorang bapa yang merogol anaknya. Sampai ada penjual kuih yang tak mahu jual pada saya gara-gara bencikan watak yang saya lakonkan.

“Pada saya jika mereka benci, maknanya lakonan saya menjadi. Tetapi apa yang saya lakonkan, semuanya adalah lakonan semata-mata,” jelasnya.

Drama Seofis yang turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Nadia Awilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi akan mula ditayangkan di Tonton mulai esok. – 17 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related