◉ HEADLINES

Keputusan penyasaran semula subsidi dibincang Jemaah Menteri Rabu depan

Kertas memorandum Jemaah Menteri berkenaan mekanisme penyasaran semula subsidi itu telah diedarkan hari ini

8:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Keputusan mengenai kaedah dan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar akan diputuskan Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata kertas memorandum Jemaah Menteri berkenaan mekanisme penyasaran semula subsidi itu telah diedarkan hari ini.

“Selepas keputusan mengenai kaedah, kumpulan mana, berapa, siapa yang akan dapat dan sebagainya itu dibuat, akan membolehkan kerajaan mengumumkan bentuk bantuan subsidi bersasar selepas minggu depan.

“Jadi terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bila masa yang sesuai untuk buat pengumuman (penyasaran semula subsidi),” katanya pada sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) hari ini yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurut Rafizi kerajaan akan cuba memastikan penyasaran semula subsidi itu benar-benar bersasar dan berbaloi kepada kumpulan yang layak menerimanya.

Beliau menjangkakan penyasaran subsidi bersasar akan bermula pada suku kedua tahun ini, mengambil kira tempoh pendaftaran PADU yang akan tamat pada Mac ini.

Menurutnya setakat 4 petang tadi, sebanyak 1.63 juta rakyat Malaysia termasuk golongan muda berusia bawah 18 tahun telah mendaftar dalam PADU, dengan Putrajaya mencatatkan pendaftaran tertinggi berbanding negeri-negeri. 

Bagi memastikan seramai mungkin rakyat berdaftar dalam PADU, katanya usaha akan dipergiatkan ke arah itu dalam tempoh sebulan ini termasuk beliau sendiri turun padang bertemu menteri besar dan kepimpinan kerajaan negeri.

“Di peringkat kerajaan Persekutuan pula, arahan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, untuk memastikan semua penjawat awam berusaha mendaftar (dalam PADU) secepat mungkin,” katanya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related