◉ HEADLINES

Rumah Tan Sri diserbu SPRM, siasatan libatkan bekal kenderaan kerajaan

Ia merupakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai tahun lalu

11:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia.

Sumber memberitahu Scoop, ia merupakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai tahun lalu.

Turut diserbu beberapa syarikat berkaitan bagi melengkapkan siasatan SPRM.

Pada 2020, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, sejak 30 Oktober 1993, konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia telah diuruskan sebuah syarikat sendirian berhad milik Tan Sri tersebut melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan.

Perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2018.

Namun tegas Ahmad Badri, bagi menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan telah memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara Request For Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka.

Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Scoop mengesahkan tindakan SPRM itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan serbuan dilakukan di kediaman ahli perniagaan tersebut bagi siasatan lanjut.

Namun, ketika dihubungi, Azam dan Hishamuddin bagaimanapun, enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Bagaimanapun difahamkan, Tan Sri yang dimaksudkan adalah sekutu rapat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang turut sedang disiasat SPRM berhubung sumber kekayaannya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related