◉ HEADLINES

Tinggal kenangan, deretan gerai ikan Singgang Kampung Baru akhirnya diroboh

Perobohan itu dibuat bagi memindahkan penjaja ke lokasi lebih kondusif buat mereka dan pengunjung di Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kerja perobohan deretan gerai ikan Singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini, hari ini.

Menerusi dua video dengan masing-masing berdurasi sembilan saat dikongsikan di media sosial, kelihatan beberapa jengkaut milik DBKL sedang merobohkan struktur binaan gerai itu.

“DBKL sedang menjalankan kerja-kerja meroboh gerai ikan Singgang di Kg Baru yang bermula sekitar jam 9 pagi tadi,” menurut keterangan di hantaran video itu.

Terdahulu, DBKL mengeluarkan notis pemakluman pengosongan tapak berkenaan sejak Oktober 2023.

Ia menetapkan supaya semua penjaja dikehendaki mengosongkan tapak selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun sama.

Bulan ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengeluarkan notis peringatan kepada semua penjaja mengenai arahan terbabit.

Susulan perobohan itu, seramai 26 penjaja di gerai itu akan berpindah ke lokasi baharu, iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa.

Menerusi kenyataannya, DBKL berkata, tindakan pihaknya merobohkan gerai itu adalah bagi menyediakan lokasi baharu yang lebih kondusif serta menyelesakan penjaja dan pengunjung.

Katanya, lokasi gerai di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1 yang bersebelahan dengan Pusat Sementara Penyembelihan Ayam, boleh menimbulkan bau kurang menyenangkan kepada pengunjung.

Seramai 26 penjaja di gerai sekitar Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru akan berpindah ke lokasi baharu, iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa. – Gambar tangkap layar, 22 Januari, 2024

Malah, jelasnya, tahap kebersihan di kawasan sekitar gerai lama itu juga tidak memuaskan, selain tapak lokasi berkenaan turut terbabit dengan pelaksanaan projek pelebaran jalan.

Isu perpindahan premis ikan singgang berkenaan bermula beberapa tahun lalu, dengan beberapa sesi libat urus di antara DBKL dengan penjaja di situ mula diadakan sejak 2021.

Sesi libat urus itu diadakan bagi membincangkan tawaran dan insentif kepada penjaja terbabit, antaranya pengecualian sewaan selama tiga bulan ke atas premis baharu selepas berpindah.

Nama baharu lokasi itu juga dipilih bagi mengekalkan jenama ikan singgang yang cukup dikenali dan menjadi pilihan utama peminat ikan singgang di ibu negara. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related