Capital A akan jual 100% kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion

Capital A turut mengumumkan cadangan pengagihan saham biasa baharu dalam AAG yang akan diterima sebagai saham pertimbangan bagi cadangan penjualan AAAGL

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Capital A Bhd telah memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.

Kumpulan ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.

AAAGL dan AAB adalah anak syarikat milik penuh Capital A.

Susulan cadangan penyusunan semula dalaman AAX, AAG akan mengambil alih status penyenaraian AAX sebelum cadangan penjualan itu selesai.

Capital A turut mengumumkan cadangan pengagihan saham biasa baharu dalam AAG yang akan diterima sebagai saham pertimbangan bagi cadangan penjualan AAAGL kira-kira RM2.20 bilion kepada pemegang saham yang layak dalam kumpulan.

“Pertimbangan cadangan penjualan AAAGL dengan harga RM3 bilion akan dibayar sepenuhnya melalui penerbitan 2.30 bilion saham baharu AAG dengan harga terbitan RM1.30 untuk setiap saham pertimbangan,” kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pertimbangan penjualan AAB itu akan dipenuhi menerusi penyerahan hutang syarikat kepada AAB sebanyak RM3.8 bilion pada tarikh penyelesaian AAB menurut terma penjualan. 

Menurut kumpulan itu, berdasarkan penyata kewangan disatukan beraudit Capital A bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, cadangan penjualan AAAGL itu dijangka menghasilkan keuntungan proforma RM4.69 bilion hasil daripada penilaian semula kepentingan yang masih ada dalam AAAGL selepas penjualan selesai.

Sementara itu, AAB berkata cadangan penjualan AAB dijangka menghasilkan keuntungan proforma kira-kira RM6.07 bilion berdasarkan penyata kewangan disatukan beraudit bagi tahun kewangan 2022.

“Cadangan penjualan itu bertujuan untuk dilaksanakan Capital A bagi memperkemas aktiviti perniagaan teras kumpulan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital yang penting dan saling melengkapi dengan perniagaan penerbangan penumpang,” katanya.

Selepas cadangan penjualan itu selesai, katanya perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital terutama merangkumi anak syarikat milik penuhnya Asia Digital Engineering (ADE); segmen super app yang dikendalikan oleh SuperApp, anak syarikat 96.19 peratus milik Capital A; segmen logistik yang dijalankan Teleport, anak syarikat 77.56 peratus miliknya; dan segmen pembayaran digital yang dijalankan BigPay, anak syarikat 99.56 peratus milik kumpulan itu.

“Selain itu, selepas cadangan pengagihan, pemegang saham yang layak boleh terus menyertai perniagaan kumpulan penerbangan baharu melalui saham AAG yang dipegang, yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities selepas penyusunan semula dalaman yang dicadangkan AAX,” katanya.

Katanya Capital A dijangka mencatat keuntungan daripada penilaian semula kepentingan dalam AAAGL dan keuntungan daripada penjualan AAB, justeru dijangka meningkatkan ekuiti pemegang saham kumpulan dalam usahanya untuk menyelaras keadaan kewangan.

“Cadangan penjualan kepentingan itu akan membolehkan semua entiti penerbangan yang beroperasi di bawah jenama ‘AirAsia’ dihimpunkan menerusi sebuah syarikat induk pelaburan baharu iaitu AAG yang membentuk sebuah kumpulan penerbangan yang diperluas terdiri daripada AAG, AAX dan kumpulan syarikatnya (kumpulan AAG), kumpulan AAAGL dan kumpulan AAB, secara kolektif dirujuk sebagai kumpulan penerbangan baharu,” katanya.

Ini membolehkan kumpulan AAX menjadi sebahagian daripada kumpulan penerbangan yang diperluas dengan syarikat penerbangan yang telah memenangi anugerah dan mempunyai rekod sejarah dan rekod prestasi selama lebih 22 tahun, katanya.

“Kumpulan penerbangan baharu ini akan beroperasi dan menyediakan sepenuhnya pelbagai perkhidmatan pengangkutan udara kos rendah bagi jarak dekat, sederhana dan jarak jauh, dengan penerbangan domestik dan antarabangsa dari Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Kemboja ke pelbagai negara destinasi,” katanya.

Pada 8 Januari, Capital A Bhd telah memeterai surat tawaran tidak terikat dengan AAX bagi cadangan menjual perniagaan penerbangannya iaitu AirAsia Bhd (AirAsia Malaysia) dan AAAGL untuk memperkemas aktiviti perniagaan teras Capital A dan kumpulan syarikatnya bagi menumpukan kepada perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital.

AAAGL mengendalikan perkhidmatan penerbangan penumpang melalui anak syarikat di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Apabila cadangan penjualan itu selesai, perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digitalnya akan merangkumi Asia Digital Engineering Sdn Bhd, AirAsia SuperApp Sdn Bhd, Teleport Everywhere Pte Ltd dan BigPay Pte Ltd. – 26 April, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related