HEADLINES

KPKM, MYCC bekerjasama siasat isu kartel beras: Mat Sabu

Aspek rantaian makanan di sektor padi melibatkan beberapa peringkat, justeru, siasatan perlu dilakukan secara terperinci dan menyeluruh

5:50 PM MYT

 

PEKAN – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Kawalselia Padi dan Beras akan berkerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan sindiket kartel dalam industri beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata siasatan berkenaan dijangka mengambil masa kerana MyCC perlu memahami secara keseluruhan struktur industri terlebih dahulu. 

Selain itu, beliau berkata aspek rantaian makanan di sektor padi melibatkan beberapa peringkat, justeru, siasatan perlu dilakukan secara terperinci dan menyeluruh. 

“Dakwaan apa pun disiasat dari masa ke masa, tuduhan satu perkara, siasatan satu perkara lain dan selepas siasatan siap baru kita bincang daripada sudut tindakannya…siasatan sentiasa berjalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air Permatang Durian, Skim Merchong di sini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Sebelum ini, Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) mendakwa wujud ‘permainan’ tertentu dalam Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) selain mendakwa isu kartel berkemungkinan benar-benar berlaku.

Presiden Barim Ismail Awang dilapor berkata ahli persatuan itu tidak mendapat bekalan beras tempatan daripada BERNAS kerana dikatakan tiada stok, sebaliknya sebahagian besar pasar raya mendapat bekalan.

Mengulas mengenai program hari ini, Mohamad berkata SMART SBB Ala Sekinchan akan diperluaskan di beberapa negeri secara berperingkat antaranya Sabah dan Sarawak selain yang terbaru akan dilancarkan di Pasir Puteh, Kelantan. 

Sementara itu, beliau ketika berucap memaklumkan secara keseluruhan Skim Merchong mempunyai keluasan kawasan 4,134 hektar dengan bilangan sebanyak 1,716 pesawah.

“Terdapat 10 Kumpulan Pengguna Air (KPA) di bawah Skim Merchong dan projek ini akan memberi fokus utama kepada KPA Permatang Durian, bagi fasa pertama pelaksanaan projek ini melibatkan 84 peserta dengan kawasan usaha seluas 168 hektar,” katanya.

Menurut Mohamad,  jangkaan hasil purata padi adalah sebanyak enam tan metrik per hektar dengan pengeluaran padi bagi keseluruhan kawasan projek adalah sebanyak 27,813.876 tan metrik padi serta pengeluaran beras sebanyak 16,688.325 tan metrik beras semusim. 

“Pada masa sama, sekiranya intensiti penanaman ditingkatkan sehingga dua kali setahun, jangkaan hasil pengeluaran beras mencecah sehingga 33,376.65 tan metrik beras yang mampu menampung keperluan beras bagi anggaran keseluruhan rakyat Pahang,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata sejumlah RM1.85 bilion telah diperuntukkan bagi meringankan beban sara hidup pesawah dan memastikan kelangsungan pengeluaran padi dan beras negara pada tahun lepas. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related