HEADLINES

‘Hanya yang laluinya akan faham’, Sharnaaz Ahmad ingin peluk Fizi Ali

Menurut Sharnaaz , walau apa pun yang berlaku, tidak sepatutnya seorang anak dipisahkan dengan bapa kandungnya

11:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Sharnaaz Ahmad bersimpati terhadap penyampai radio, Fizi Ali yang dilaporkan sudah dua bulan tidak dapat bertemu dengan anaknya yang berusia lima tahun, Ameena Sofea.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Sharnaaz di Insta Story, Sharnaaz telah berkongsi video Fizi yang berada di mahkamah kerana menuntut hak penjagaan ke atas Ameena.

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi Ali. But I’ll hug you brother.

“Aku tak nak tahu betul atau salah. Tetapi jangan sesekali pisahkan walau apa pun alasannya,” tulis Sharnaaz dalam hantaran tersebut.

Keluhan penyampai radio, Fizi Ali yang mendakwa tidak dapat berhubung dengan anak sejak hampir dua bulan lalu mengundang simpati ramai. – Gambar tangkap layar, 23 Januari, 2024

Semalam, kes tuntutan hadanah yang difailkan oleh Fizi pada 15 Disember lalu, akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Ia susulan kedua-dua pihak, iaitu Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding Sulh yang dijalankan berhubung tuntutan terbabit.

Fizi sebelum ini mendakwa tidak dapat berhubung dengan anaknya malah panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related