RIM, MPA harap isu klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu Muzik Muzik diselesai segera

Kedua-duanya kini dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat dikenakan terhadap pencalonan lagu dalam program tersebut

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terma dan syarat tertentu yang dikenakan Media Prima terhadap pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik mengakibatkan kurangnya penglibatan lagu yang dicalonkan syarikat rakaman tempatan pada tahun ini.

Sehubungan itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) kini dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program carta lagu mingguan yang disiarkan di TV3 itu.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim. – Gambar ihsan RIM, 14 Disember, 2023

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, ramai ahli mereka yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program tersebut.

“Kami sudah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos lalu dan mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka.

“Bagaimanapun sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini. Kami berharap dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan,” katanya.

Menyokong apa yang dijelaskan Rosmin, Pengerusi MPA, Ng Ay Na turut memaklumkan, ahli-ahli mereka dalam kalangan syarikat penerbit juga tidak mencalonkan lagu baharu yang diurus bagi pihak penulis lagu masing-masing dalam program Muzik Muzik tahun ini.

Pengerusi MPA, Ng Ay Na. – Gambar ihsan MPA, 14 Disember, 2023

“Pihak kami juga membangkitkan klausa berkaitan dalam borang pencalonan lagu Muzik Muzik yang menjadi isu buat ahli-ahli kami ke perhatian Media Prima.

“Kami berharap dapat mencapai kata sepakat dengan pihak Media Prima dalam isu ini agar semua ahli kami dapat meneruskan pencalonan lagu baharu mereka dalam program tersebut,” katanya.

Sebagai persatuan yang mewakili pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya muzik masing-masing, RIM dan MPA dalam kenyataan media yang dikeluarkan bersama berharap, isu tertunggak berhubung borang pencalonan lagu Muzik Muzik diselesaikan segera dengan Media Prima demi kebaikan kedua-dua pihak. – 14 Disember, 2023

Topics

Popular

UiTM student body launches ‘wear black’ protest against calls to admit non-Bumiputera 

This after doctors’ body MMA’s appeal to allow non-Malays into cardiothoracic surgery programme

Pakai baju hitam esok bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera: MPP

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM melancarkan kempen bantahan pembukaan universiti tersebut kepada golongan bukan Bumiputera dan menggesa semua pelajar agar memakai pakaian berwarna hitam esok.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related