◉ HEADLINES

Pertama kali dengar demo Cinta Tak Mungkin Berpaling hati Siti Nurhaliza sudah terpikat

Cinta Tak Mungkin Berpaling adalah lagu runut bunyi nyanyiannya untuk drama bersiri Malang Si Puteri

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jarang penerbitan drama Melayu tempatan mempertaruhkan tiga lagu runut bunyi baharu kecuali Malang Si Puteri yang sedang ditayangkan di Slot Tiara, Astro Ria sejak 11 Mac lalu.

Bermula dengan lagu runut bunyi Jauh daripada Adrianna Cinta serta Dursila yang dipersembahkan penyanyi Indonesia Meiska Adinda, kini muncul pula lagu ketiga berjudul Cinta Tak Mungkin Berpaling nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Cinta Tak Mungkin Berpaling adalah ciptaan komposer Farouk Roman, manakala liriknya oleh Adrianna Cinta dan susunan muziknya pula dihasilkan Reza Ramsey.

Bercakap kepada Scoop, Siti Nurhaliza berkata, Cinta Tak Mungkin adalah kerjasama keduanya dengan Farouk Roman yang pernah menghasilkan lagu berjudul Senyawa menerusi album studio terbaharunya, Sitism.

“Farouk memang terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhannya.

“Dia juga beri kebebasan kepada saya menyanyikan lagu ini dengan emosi saya sendiri setelah diperjelaskan mengenai jalan ceritanya.

“Pertama kali diperdengarkan demo, lagu ini terus memikat hati saya. Memang sedap lagunya,’’ katanya.

Sewaktu merakamkan single terbaharu ini, Siti mengakui, dia masih lagi dalam fasa pemulihan suaranya.

“Tapi, saya cuba lunaskan tanggungjawab yang diberikan dan bagi saya menyanyikan lagu runut bunyi adalah peluang terbaik kepada seseorang penyanyi kerana lagu tersebut akan selalu diperdengarkan tatkala dramanya ditayangkan.

“Meskipun lagu tersebut tiada kaitan dengan kisah hidupnya, dia cuba membawa watak yang digarap dalam drama bersiri itu dengan baik,” katanya.

Sejak dimuatnaik di saluran YouTube miliknya pada 22 Mac lalu, video lirik lagu runut bunyi itu sudah mencecah hampir 28,000 tontonan.

Rata-rata peminat mengakui lagu nyanyian Siti itu sangat sedap didengar dan mengharapkan muzik video penuh dapat dihasilkan segera. – 5 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

Altimet bergabung dengan Zizi Kirana, Saixse dan Fahimi lancarkan lagu Anak Malaysia

Lagu Anak Malaysia itu dicetuskan untuk menyuntik semangat dan sokongan kepada kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris

◉ Related