◉ HEADLINES

Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina

Polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat

2:25 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lepas.

Dalam siri serbuan itu, pihak polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kubur Cina lama yang dipercayai dikorek lubang kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan stok ganja tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam siri serbuan itu, pihak polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan di kawasan Estate Hong Seng pada 4 petang dan merampas ganja seberat 7.82 gram (g) bersamanya.

“Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas ganja serta syabu bernilai hampir RM10,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya lelaki kedua itu seterusnya membawa pasukan polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampungan Estate Hong Seng dan polis merampas 45 bungkusan ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.

Razlam berkata kesemua ganja bernilai RM154,869 itu disembunyikan dalam dua guni dan disimpan di pondok tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya hasil soal siasat, lelaki pertama yang ditahan itu kemudiannya membawa pihak polis ke kawasan tanah perkuburan Cina di situ dan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.

“Kubur itu merupakan kubur lama dan jauh dari kawasan perkuburan baharu di situ, sindiket tersebut dipercayai mengorek lubang dalam kubur itu kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan ganja-ganja tersebut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai daripada rangkaian sindiket yang sama dan mereka bergiat aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Disember lepas.

Katanya mereka dipercayai mendapat bekalan ganja dari negara jiran dan semua ganja tersebut adalah untuk bekalan pasaran tempatan.

“Dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah serta mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – 27 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

TTDI residents allege repeated warnings ignored over Bukit Kiara project

Residents and FoBK say early safety warnings on tree clearing and slope works were ignored, as DBKL issues stop-work order after latest mudflow incident

Zakat Selangor denies links to RM230 million zakat fund misappropriation case

Institution says the MACC probe involves an NGO and not its official zakat management system, while Ikram suspends three members under investigation

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related