◉ HEADLINES

Dakwaan DBKL melindungi pihak lakukan kesalahan tidak benar

Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan dia mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan adalah tidak benar

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan bahawa ia tidak melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah peraturannya.

Justeru, menerusi kenyataannya, DBKL memaklumkan, dakwaan pihak tertentu yang mengatakannya mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan adalah tidak benar.

Katanya, dakwaan pihak sama bahawa ia dilindungi DBKL daripada sebarang kesalahan juga adalah tidak betul.

“DBKL merujuk kepada berita tular di media sosial mengenai kenyataan satu pihak mendakwa mempunyai hubungan baik dengan DBKL.

“Ingin ditegaskan bahawa DBKL tidak melindungi mana-mana pihak sama ada secara individu, kumpulan atau organisasi sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak terbabit.

“Sehubungan dengan itu, dakwaan pihak berkenaan mempunyai hubungan baik dengan DBKL dan dilindungi DBKL daripada sebarang kesalahan adalah tidak benar,” katanya.

Penjelasan itu diberikan DBKL dipercayai berhubung perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Ahmad mengenai sikap melampau seorang peniaga warga asing di Kuala Lumpur.

Ahmad berkata, peniaga wanita itu bukan sahaja menghina rakyat Malaysia dan memperlekehkan pekerjaan penghantar makanan selepas dia bertanyakan mengenai status halal makanan di premis berkenaan, tetapi juga mendakwa suaminya ‘rapat’ dengan PBT.

Susulan hubungan baik berkenaan, wanita terbabit mencabar lelaki itu untuk membuat laporan polis.

Menerusi laporan media, difahamkan, akaun Facebook wanita itu diserang netizen yang menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related